Maklumat Am

Projek Struktur

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, KASA telah meluluskan cadangan pembinaan loji rawatan kumbahan serantau (CSTP) dan sistem  rangkaian paip pembetungan bagi kawasan sub tadahan Pusat Bandaraya Ipoh, Sebahagian Gunung Rapat dan Sebahagian Menglembu untuk meningkatkan perkhidmatan pembetungan bagi membantu meningkatkan kualiti air sungai di daerah Kinta terutama Sg, Kinta dan Sg, Pinji

Tapak yang dipilih bagi pembinaan loji ini adalah Rizab Pembetungan di pekan Papan, Mukim Belanja. Ianya dipilih kerana keadaan Topografi yang rendah dan disitu juga ditempatkan tapak pelupusan sisa pepejal.

Kawasan Tadahan Kumbahan Papan CSTP

 

Kawasan tadahan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Papan yang majoriti berada di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meliputi sebahagian kawasan di Daerah Kinta. Kawasan-kawasan tadahan tersebut ialah:

 

1. Kawasan Tadahan Ipoh,

2. Kawasan Tadahan Gunung Rapat

3. Kawasan Tadahan Menglembu

 

Kawasan keseluruhan tadahan pembetungan Kinta adalah berkeluasan 407km2 dan meliputi sub tadahan pembetungan Bercham, Chemor, Menglembu, Gunung Rapat dan Ipoh City yang merangkumi jumlah penduduk setara (population equivalent  p.e.) seramai 1.5 juta pada tahun 2045.

Peta Sub Tadahan pembetungan keseluruhan yang akan ditampung oleh loji rawatan kumbahan serantau  di Papan

Nota: Sila klik peta di sebelah untuk memuat turun gambar penuh.

 

Anda dikehendaki mengunakan aplikasi Acrobat Reader untuk membuka fail tersebut

Petunjuk:

Loji Sedia Ada

.

Maklumat Am

Pilihan Pintas

Copyright © 2017 Mangkubumi Sdn. Bhd. All rights reserved.

BEST VIEW ON GOOGLE CHROME 24.0 OR HIGHER*, FIREFOX 25.0 OR HIGHER*